Wednesday, 13 March 2013

Kharis

Noor Zairiah Khairul Akmal Khairuzzain Hasnul Fadil Al Hadi Hasnul Hassan Syuhada Hasanun Nabil

Kharis dilahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan di Sekolah Umum Simpang 3, Darjah 1-5,Sekolah Umum Bagan Datoh, Darjah 6, dan kemudiannya di Sekolah Umum Lelaki Telok Intan, darjah  7. Kharis bekerjaya sebagai pendidik dan pernah mengajar di beberapa buah sekolah sekitar Bagan Datoh. Beliau juga pernah menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sg Besar Kota Setia Perak.

Beliau Berkahwin dengan Nuriah Binti Mohd Ali yang juga sepupunya (Anak adik embah surip) dan dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu

          Noor Zairiah (1967)
          Khairul Akmal (25/06/1969)
          Khairuzzain (31/07/1971)
          Hasnul Fadil Al Hadi ( 10/09/1973)
          Hasnul Hassan Syuhada (06/01/1978)
          Hasanun Nabil (1982)


Setelah adik beradik yang lain merantau mencari rezeki, Kharis sekeluarga telah tinggal bersama dengan Embah Sarpoah di Simpang Tiga, Rungkup, Bagan Datoh Perak. Malangnya pada tahun 1982 rumah tersebut telah terbakar. Mereka sekeluarga kemudiannya tinggal di Taman Kopi, Teluk Intan, Perak.




Kharis merupakan seorang yang sangat mementingkan tali persaudaraan diantara keluarga. Semasa hayatnya beliau sering menemuisanak saudara samada yang jauh atau yang dekat. Beliau juga pernah mengutus surat ke Jawa dan berkomunikasi dengan waris di tanah Jawa. Beliau amat mengetahui susur galur keluarga Hasan Suhada.

Tapi sayangnya Allah S.W.T. Telah menjemputnya pada tahun 1990. Beliau telah disemadikan di Teluk Intan.

No comments:

Post a Comment