Mat motor dari Johor |
Menyanyi adalah kegemarannya di masa muda |
Mdd Nurdin dilahirkan pada tanggal 13 May 1954 di kampung Sungai Besar, Mukim Kota Setia, Teluk Intan Perak dan disambut oleh Ninek Soliyem yang menjadi bidan kampung ketika itu. Ketika kecilnya beliau selalu menangis dan ibu bapanya telah menyerahkan kepada keluarga Pak Omar di kampung Sungai Nibung. Sudah menjadi adat orang kampung ketika itu untuk memberi anak mereka dan diangkatkan oleh orang lain, walaupun begitu, Beliau masih dipelihara oleh ayahanda dan bondanya sehingga dewasa.
Nurdin memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sg Besar disamping belajar mengaji Al-Quran di rumah Ninek Soliyem. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh sehingga tingkatan 5.
Masih Segak dan Menawan |
Selepas menamatkan alam persekolahan, beliau telah menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Sg Besar, kemudinnya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kota Setia. Semasa zaman mudanya beliau amat aktif dengan persatuan belia dikampungnya dan menjalankan aktiviti belia dengan teman teman sekampungnya. Semasa menyertai satu rombongan belia ke Dusun Tua, beliau telah berkenalan dengan gadis dari Kota Tinggi, Johor dan akhirnya mereka menjadi suami isteri pada tahun 1978. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu:
1. Nur Hasnee Taha
2. Nurdiana
3. Nasrul Hafiz
4. Mohd Naqiuddin
Disamping itu juga pasangan ini memelihara 2 orang anak angkat iaitu:
1. Ain
2. Nor Nadiah
Pasangan Bahagia |
Selepas berkahwin, Nurdin telah berpindah ke Bagan Datoh dan menjadi Guru Besar di sekolah Kebangsaan Sg Tiang Darat dan di tukarkan pula ke Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh. Beliau kemudiannya berpindah ke Kota Tinggi dan menjadi guru Besar di sana. Kini Nurdin menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya, Kota Tinggi Johor.
Mereka juga mengusahakan kantin di Kota Tinggi dan Nurdin amat meminati masakan. Beliau boleh memasak masakan tradisional seperti sambal taun, sup dan nasi beryani.
Mereka juga mengusahakan kantin di Kota Tinggi dan Nurdin amat meminati masakan. Beliau boleh memasak masakan tradisional seperti sambal taun, sup dan nasi beryani.
No comments:
Post a Comment