Tuesday, 12 March 2013

Kamdi

Ali Dawam Mohd Anas Ismail Komayah Kharis Napsiah Husin Mohd Zain Rohamah


Embah Kamdi  merupakan anak  sulung  kepada 5 orang  adik beradik. Beliau dilahirkan pada  tahun 1887  di Desa  Mantren, Kecamatan Kebun Agung,  Kab. Pacitan, Jawa  Timur.  Pada usia remajanya beliau berguru dengan Kiyai Mujni di Desa Mantren. Semasa mendalami pengajian agama, beliau telah diminta oleh Kiyai Mujni untuk meneruskan pengajian agama di Mekah, lalu pada usia  lebih  kurang 20 tahun  beliau   merantau   bersama   adik bongsunya Siraj. Tujuan utama mereka  merantau  adalah untuk mendalami   Ilmu agama  sehingga  ke Tanah  Suci  Mekah.  Di dalam perjalanan ke  Timur Tengah itu, mereka telah singgah di Pulau   Pinang.   Kemungkinan   bekalan   kurang    mencukupi, Kamdi tidak dapat   meneruskan  perjalanan  ke  Timur Tengah tetapi adiknya meneruskan perjalanan ke Timur Tengah.


Kamdi   kemudiannya    meneruskan   perjalanan  ke   Padang Rengas,  Perak untuk berguru,disana tetapi dikatakan di padang rengas ramai orang sumatera dan Kamdi kemudiannya berpindah ke Temoh, Perak dan menyambung pengajian agama  disitu.  Setelah mendapat tahu di Sg Nipah terdapat pesantren yang terkenal kelolaan Kiyai Munir dan Kiyai Siraj, Kamdipun  meneruskan   perjalanan  ke Bagan Datoh, Perak untuk belajar  agama dengan mereka.  Kamdi  kemudiannya  menetap di Sg Nipah  dan tinggal bersama Haji Abdul Rahman yang rumahnya berhampiran dengan pesantren tersebut yang  kemudiannya menjadi bapa mertuanya.

* Ada kemungkinan Kamdi belajar ugama dengan Kiyai Salleh di Temoh kerana menurut satu blog, Kiyai Salleh merupakan orang jawa pertama mendirikan pesantren di Temoh iaitu kira kira 5 km dari pekan chenderiang. Rujukan Blog Zabidin Haji Ismail

** Pesantren di Kampung Sungai Nipah Darat ini bernama Madrasah Mambaul Ulum yang dibuka oleh Kiyai Raden Haji Abdul Fattah. Apabila Kiyai Raden Haji Abdul Fattah meninggal dunia, Madrasah ini di ambil alih oleh anaknya yang tua Kiyai Raden Haji Siraj kemudian diganti dengan Raden Hamidi iaitu bapa kepada Menteri Pertahanan Malaysia sekarang, Dato Dr Zahid Hamidi. Rumah asal Haji Abdul Rahman dan Hajah Mariam bersebelahan dengan Madrasah Mambaul Ulum ini dan Haji Abdul Rahman dan Raden Haji Abdul Fattah adalah bersaudara.

Kamdi kemudiannya meneroka tanah di Kampung Sungai Besar, Kota Setia, Teluk Intan  bersama sekumpulan pendatang dari Kebun Agung Pacitan. Mereka diantaranya ialah Siros Bin Somo (anak saudara), Bakri bin Mat Nawi (Suami anak saudaranya), Sidam (Salleh), Saidi dan Wagimin.

Embah Kamdi adalah seorang yang berkemahiran didalam pertukangan. Beliau telah membina beberapa buah rumah di Sg Nipah dan kg Sungai Besar. Beliau juga turut serta didalam pembinaan Masjid di Sg Nipah dan Sg Besar.

Salah satu hasil kerja Almarhum Kamdi yang masih ada
Pada tahun 1922, Embah Kamdi telah berkahwin dengan Embah Surip (Hajah Sarpoah Binti Haji Abdul Rahman) yang merupakan anak sulung kepada Pasangan Haji Abdul Rahman dan Hajah Mariam. Embah Surip ketika itu berusia 14 Tahun.

Almarhum Kamdi bersama Almarhum Isterinya Hajah Sarpoah


Hasil Perkongsian hidup mereka telah melahirkan 9 orang zuriat iaitu:

1.       Ali Dawam (1924)
2.       Muhamad Anas (1926)
3.       Haji Ismail (1935)
4.       Hajjah Komayah/Hamiah (1937)
5.       Kharis (1938)
6.       Hajjah Shamsiah/Napsiah(1942)
7.       Haji Husin (1944)
8.       Mohd Zain (1948)
9.       Siti Rohamah (1952)
2 orang anak mereka telah meninggal semasa kecil iaitu Muhamad Anas (1926-1928) dan Mohd Zain (1948-1951)

Embah Sarpoah bersama anak anaknya


Ciri-Ciri /Perwatakan Embah Kamdi seperti yang diceritakan
1.       Seorang yang warak, dan digelar kiyai semasa di kampong Sungai Besar
2.       Orangnya agak pendiam
3.       Pernah membuat jalan di Sg Lang, Bagan Nakhoda Omar
4.       Datang ke Sg Nipah dengan menaiki pedati
5.       Mempunyai koleksi kitab-kitab dalam tulisan rencong
6.       Selalu menggendong Embah Surip semasa kecil
7.       Pandai bermain gambus

Kamdi bin Hasan Suhada kembali ke rahmatullah pada November 1958 sewaktu berusia lebih kurang 71 tahun, akibat sakit tua. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Tiga, Jalan Rungkup, Selekoh, Bagan Datoh.

Updated : 2/4/2013

No comments:

Post a Comment