Saturday, 16 March 2013

Hajah Robainah

Rohan Khairani Rohad Hidzir Amri Rifdi Amna Mayamin

Pasangan Bahagia
Robainah dilahirkan pada 14/06/1961 di kampung Sungai Besar, Kota Setia, Teluk Intan, Perak. Setelah berusia 7 tahun beliau bersekolah di Sekolah kebangsaan Sg. Besar disamping belajar mengaji diwaktu malam besama Ninek Soliyem. Beliau kemudiannya melanjutkam pelajaran di Sekolah Menengah Khir Johari, Sg Sumun dan menyewa rumah Pak Raden Jawadi di Parit 6, Sg. Sumun bermula dari tahun 1971. Selepas menamatkan sekolah menengah, beliau mengikuti kursus kesetiausaan di Intitut Trengkas Melayu di Hutan Melintang. 

Gambar keluarga di Majlis perkahwinan anak sulung mereka
Semasa beliau mengunjungi rumah abangnya Anuar di Segamat, Johor, beliau telah berkenalan dengan Samsudin bin Salim yang ketika itu bekerja di Ladang Sungai Simpang Kiri, Segamat, Johor. Pekenalan mereka itu diteruskan sehinga membawa mereka ke jinjang pelamin pada tahun 1983. Selepas mendirikan rumahtangga, Robainahpun berpindah ke Ladang Sg Simpang Kiri, Segamat, Johor mengikut suaminya. 




Hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu
1. Rohan Khairani
2. Rohad Hidzir
3. Amri Rifdi
4. Amna Mayamin

orang kuat majlis kenduri
Namun begitu pada tahun 2008, anak ke 2 pasangan ini iaitu Almarhum Haji Rohad Hidzir telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya. Amin.

Setelah lama tinggal di Ladang Sg Simpang Kiri, keluarga Robainah berpindah ke ke Ladang Kemedak, Segamat, kemudian berpindah ke Ulu Tiram Johor Bahru sehingga suaminya Samsudin Salim bersara. Sebelum bersara, mereka berdua menunaikan rukun Islam ke lima bersama ayahanda dan bondanya di Tanah Suci Mekah pada tahun 2008. Kini mereka tinggal di Kg Padang Tembak Teluk Intan Perak.


No comments:

Post a Comment