Saturday, 16 March 2013

Haji Anuar


Anuar merupakan anak ke 2 pasangan Ismail dan Siti Bahyun. Beliau dilahirkan pada 24/8/1955.Anuar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Bagan Datoh untuk menengah rendah seterusnya ke Sekolah. Vokasional Pertanian Rembau pada tahun 1970. Selepas itu beliau menyambung pelajaran di dalam bidang pengurusan pertanian di Institut Teknologi Mara (Sekarang UiTM) di Arau, Perlis. Selepas menamatkan pengajian, beliau bertugas dengan beberapa buah ladang di Selangor, Pahang, Johor, Sabah, Kelantan dan Terengganu.


Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan mengambil Fawzia Ahmad sebagai isteri yang juga rakannya semasa menuntut di ITM dahulu. Hasil perkongsian hidup mereka, mereka telah dikurniakan 4orang anak iaitu:
1. Afzariq Faizal Anwar
2. Leila Fadzleen
3. Ashraf Tariq
4. Atilia Farahnazz

Kini Anuar bertugas dengan Naza Plantation di Petaling Jaya Selangor dan tinggal di Bukit Kapar, Meru, Kelang, Selangor.

Anuar amat meminati dunia permotoran dan memiliki kenderaan 2 roda ini yang dijadikan sebagai isteri ke 2 beliau. Beliau juga menyertai beberapa kelab motosikal berkuasa tinggi di negeri Selangor dan selalu mengikuti konvoi bermotosikal di serata pelusuk negara dan luar negara. 

Beliau telah menunaikan haji pada tahun 2011 bersama isterinya.



No comments:

Post a Comment