Wednesday, 13 March 2013

Ali Dawam

Mohd Noor Rahanawati Razana Aini Insanul Kamil Sidratul Muntaha

Dilahirkan pada tahun 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Sungai Balai Bagan Datoh. Perak.
Beliau berkahwin dengan Rukiah Abdullah dan dikurniakan 5 orang anak iaitu:

1. Mohd Noor (27/08/1950)
2. Rahanawati (18/06/1952)
3. Razana Aini (30/10/1953)
4. Insanul Kamil (21/03/1957)
5. Sidratul Muntaha (03/02/1959)

Keluarga Ali Dawam Di Kuala Lumpur

Hari Keluarga Ali Dawam dan Rukiah

Setelah berkahwin, Ali Dawam membawa isterinya merantau ke Kuala Lumpur (Keramat) dan beliau telah bekerja di Utusan Melayu. Selepas banjir besar yang melanda Kuala Lumpur sekitar awal tahun 1970an, beliau telah berpindah ke Kg Cheras Baru.

Dizaman remajanya beliau pandai bermain muzik. Setelah berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau mengembangkan bakatnya didalam bidang penulisan Drama Radio dan Sajak yang pernah ke udara dan diterbitkan sekitar tahun 1970an-1980an.

Beliau juga menubuhkan pusat pengajian Al-Quran iaitu Rumah Qiraati untuk mengajar kanak-kanak sekitar kawasan perumahannya mengaji Al-Quran.

Rumah Qiraati
Kisah-kisah lain berkenaan dengan Ali Dawam

1. Pandai Bermain Alat Muzik
2.Menggunakan nama pena Alida dalam penulisan skrip drama atau sajak
3. Pernah berkecimpung dalam bidang construction dan hasil kerja beliau boleh dilihat di pasar besar  Melaka

Ali Dawam telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1998 akibat sakit tua dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras

No comments:

Post a Comment