Wednesday, 13 March 2013

Persaudaraan


Mari kita renungi sebentar sebuah riwayat dari Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Abu Dzar. Ada seorang mengunjungi saudaranya di suatu desa. Di tempat yang dilalui itu, Allah S.W.T. menugaskan Malaikat mencegahnya. Ketika orang itu tiba,


Malaikat bertanya: "Engkau hendak ke mana?"

Orang itu menjawab: "Aku hendak berkunjung ke rumah saudaraku di desa ini".

Malaikat bertanya lagi: "Apakah engkau ingin mendapat balas budi atas kebaikan yang pernah kau berikan kepadanya?".
Orang itu menjawab:"Tidak, hanya kerana aku mencintainya demi kerana Allah...".
Akhirnya Malaikat itu memberitahu: "Sesungguhnya aku ini diutuskan Allah supaya memberitahu kepadamu bahawa Allah mencintai dirimu seperti cintamu kepada saudaramu".

Menurut Imam Al-Ghazali, hubungan persaudaraan atas rasa keikhlasan pasti akan diredhai oleh Allah S.W.T. Akan tetapi jika hubungan persaudaraan yang dijalinkan tidak mengandungi niat ikhlas, bahkan merosakkan, pastinya ia tidak akan mendapat keredhaan Allah malah merugikan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment