Friday, 15 March 2013

Hajah Napsiah

Gambar terbaru Hajah Napsiah, Februari 2013
Hajah Napsiah dilahirkan di Mantren. Semasa kekandanya Siros dan Sirom meninggalkan tanah Jawa, beliau masih kecil. Apabila usia meningkat remaja, Napsiah berkahwin dengan Ngisor iaitu sepupunya (anak Karim/Diem), dan kemudiannya berhijrah ke Bengkalis dengan beberapa ahli keluarganya yang lain. Mereka membuka perkampungan Bantan Tengah di Bengkalis dan seterusnya suaminya Ngisor menjadi kepala desa di sana. Ngisor kemudiannya mengerjakan haji dan menggunakan nama Haji Isa selepas itu.Nafsiah menunailkan fardu haji pada tahun 1995.

Walaupun beliau tidak dikurnikan cahayamata, tetapi sifat keibuannya sangat hebat dan beliau memelihara ramai anak-anak angkat yang kebanyakannya adalah anak saudaranya sendiri setelah ibu atau bapa mereka kembali ke rahmatullah. Diantara anak-anak angkat beliau ialah:
1. Giatin
2. Samsiah
3. Tamyiz
4. Bibet Ikram
5. Zaenal
6. Solaton
7. Busrawi
8. Dimyati

Kini Hajah Samsiah tinggal bersama-sama dengan Tamyiz di Desa Bantan Tengah, Bengkalis, Riau, Indonesia

Hajah Napsiah bersama Anak-Anak saudaranya dari Malaysia
Hajah Napsiah bersama anak-anak angkatnerkahwinan cucunya Hanik

Rumah Hajah Napsiah di Bengkalis


No comments:

Post a Comment