Pacitan
Kabupaten Pacitan
terletak di hujung barat daya Provinsi Jawa Timur. Wilayahnya bersempadan
dengan Kabupaten Ponorogo di utara, Kabupaten Trenggalek di timur, Lautan Hindi selatan, serta Kabupaten Wonogiri (Jawa Tengah) di barat. Sebahagian besar
wilayahnya meerupakan pegunungan batu kapur, iaitu sebahagian dari rangkaian Pegunungan Kidul. Tanah
tersebut dikatakan kurang sesuai untuk pertanian.
Pacitan juga memiliki gua-gua yang indah, diantaranya Gua Gong, Tabuhan, Kalak, dan Luweng
Jaran (kemungkinan diantara gua yang terluas di Asia Tenggara). Di daerah pegunungan seringkali ditemukan fosil purbakala
(sumber wikipedia)
Buah Pace atau Mengkudu |
2 desa yang mempunyai ramai keturunan Hasan Suhada/Diah |
Sejarah Gunung Limo
Sebagaimana yang kita ketahui, Keturunan kita melalui Buyut Hasan Suhada dan Diah merupakan penduduk asal Desa Mantren, Kabupaten Kebun Agung, Pacitan. Desa Mantren ini sangat hampir dengan Gunung Limo 1 iaitu salah satu gugusan 5 gunung yang terkenal dizaman kejatuhan kesultanan Majapahit kepada Kiyai Ageng Petung dan sahabat-sahabatnya.
Menurut ceritanya, Ki Buono Keling IV ini merupakan sahabat
kepada Ki Tunggul Wulung, iaitu seorang pertapa di gugusan gunung limo ini.
Selain dari Ki Tunggul Wulung, terdapat juga rakan seperguruannya yang bertapa
di gugusan gunung tersebut iaitu ki Brayut dan Ki Tiyoso. Apabila keadaan
huruhara akibat peperangan dengan Kiyai Ageng Petung, Ki Tunggul Wulung turun
ke gunung mencari sahabat-sahabatnya untuk membantu Ki Buono Keling namun tidak
berjumpa lalu Ki Tunggul Wulung membuat satu belahan di lereng Gunung Limo yang
dinamakan “Selo Mentangkep”. Selo Mentangkep ini merupakan sebuah celahan
sempit diantara batu besar yang hanya cukup dilewati oleh satu badan orang
sahaja. Dipercayai hanya pengunjung yang berniat baik sahaja boleh melalui Selo Mentangkep ini.
Di Desa Mantren setiap tahun akan diadakan Upacara Tetaken
Gunung Limo iaitu setiap 15 Muharam yang agak berkait rapat dengan kisah mencari
ilmu pertapaan di gunung Limo.
Mengikut cerita dari orang-orang tua, sesiapa dari keturunan
Gunung Limo ini yang mempunyai anak lelaki seramai 5 orang (5 orang anak lelaki
sahaja) akan mendapat anugerah Pendowo Limo iaitu akan dikurniakan sesuatu
tanpa perlu bertapa di Gunung Limo. Wallahualam
Terdapat juga kisah kedatangan orang-orang dari Desa Mantren
ini yang mempunyai kesaktian, kekebalan dan kekuatan yang melebihi kelaziman.
Kelebihan ini digunakan untuk membuka tanah dan membina rumah sewaktu awal
kedatangan mereka di Tanah Melayu. Kebanyakan peneroka dari Desa Mantren ini
tinggal di Kampung Sungai Besar, Kota Setia, Perak dan di Tebuk Pacitan di
Bagan Nakhoda Omar, Selangor. Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal
dari Pacitan di Kuala Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Walaubagaimanapun,diceritakan yang Buyut Hasan Suhada merupakan seorang yang
alim dikampungnya dan telah membina masjid di desanya,manakala tujuan utama Embah Kamdi dan adiknya Embah Siraj merantau adalah
untuk mendalami ilmu agama. Disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dapat di
elakkan, Embah Kamdi tidak dapat meneruskan perjalanannya ke Timur Tengah dan
meneruskan pengajian dengan beberapa orang guru agama di sekitar Tanah Melayu
ketika itu sebelum sampai ke Sg Nipah, Bagan Datoh Perak. Diceritakan juga
tujuan beliau datang ke Sg Nipah dengan menaiki pedati ketika itu adalah untuk
berguru dengan Kiyai yang berada di sana.
betul betul betulll..baanyak betul
ReplyDelete