foto Maksu dan Paksu dengan Pakcik Hussin dan Makcik Salmiah
Anak Bongsu pasangan Kamdi dan Sarpoah ini dilahirkan pada tahun 1952. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Simpang Tiga. Kemudiannya melanjutkan pelajaran diperingkat menengah di Sekolah Menengah Tun Abdul Razak Selekoh, Bagan Datoh, Perak. Seterusnya menyambung pengajiannya di Intitut Teknologi Mara (sekarang UiTM).
Selepas menamatkan pengajian, beliau bekerja di Kuala Lumpur dan berkenalan dengan seorang pegawai berbangsa Jerman iaitu Mr. Frank Trampel. Mereka Kemudiannya mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan iaitu:
1. Julia Trampel
2. Shiela Trampel
Selepas mendirikan rumahtangga, Siti Rohamah berpindah ke Singapura dan Indonesia kerana mengikut suaminya yang bekerja disana. Kini Siti Rahamah dan keluarganya menetap di Munich, Germany.
Siti Rohamah juga dipanggil Maksu oleh anak-anak saudaranya.
No comments:
Post a Comment