Blog ini dinamakan Leluhur Hasan Suhada & Diah. Blog ini bermaksud keturunan. Hasan Suhada dan Diah ialah Buyut kami yang berasal dari Desa Mantren, Kacamatan Kebun Agung, Kabupaten Pacitan, Jawa Timur, Indonesia. Huruf-huruf yang digunakan adalah menggunakan font yang agak serupa dengan aksara jawa. dimasukkan juga nama-nama 5 orang anak-anak Hasan Suhada iaitu Kamdi, Darmo, Dinah, Diem dan Siraj yang daripada merekalah keturunan ini berkembang. Oleh yang demikian itu Blog ini adalah bermaksud komuniti Keturunan Hasan Suhada yang asal usulnya adalah berdarah jawa. Diharapkan dengan adanya Blog ini dapat mengumpulkan data-data berkaitan dengan keluarga besar Hasan Suhada & Diah dan seterusnya merapatkan tali silatulrahim diantara anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit, piyut-piyut Hasan Suhada & Diah. Dan yang paling pentingnya keturunan Hasan Suhada dan Diah ini tidak melupakan asal-usul mereka walaupun dimana mereka berada.
Keturunan kami ini boleh dibahagikan kepada 7 sub komuniti iaitu:
1. Keturunan Hasan Suhada & Diah yang masih ada di Tanah Mantren
2. Keturunan Kamdi yang berasal dari Malaysia
3. Keturunan Roslan bin Hasan (Maaruf)yang berada di Singapura/Pontian
4. Keturunan Haji Isa di Bengkalis
5. Keturunan Haji Ibrahim (Kosmo/Somo) berasal dari jawa dan tinggal Tebuk Pacitan, Bagan Nakhoda Omar
6. Keturunan Supar di Pontian iaitu sepupu Kamdi.
7. Keturunan Sirom di Malaysia
Dari kenyataana diatas, keturunan Hasan Suhada & Diah sudah dapat dijejaki termasuk keturunan daripada Buyut Diah, tetapi keterangan yang diperolehi melalui perbualan telefon agak terbatas kerana masalah komunikasi. Keluarga Di Malaysia dan Singapura kebanyakannya sudah tidak boleh berbahasa jawa lagi samada bahasa jawa kasar atau halus manakala keluarga di Mantren masih menggunakan bahasa jawa krama (halus) untuk berbicara. Sudah menjadi adat jawa menggunakan bahasa jawa halus jika mahu berbicara dengan sanak saudara. Oleh yang demikian keperluan pergi sendiri ke Tanah Mantren untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap.
Keturunan dari anak Hasan Suhada dan Diah iaitu dari keluarga Dinah dan Diem sebahagiannya telah meninggalkan Mantren dan menetap di Bengkalis, Riau, Indonesia. Migrasi ini telah dimulakan oleh Haji Ngisor/Haji Isa dan sebahagian anak anak Diem dan Dinah. Haji Isa merupakan suami kepada Hajah Napsiah iaitu anak Dinah. Di Bengkalis juga terdapat waris dari keluarga Haji Ibrahim Kosmo iaitu Pak Mesni dan anak beranaknya. Mereka juga ada tali persaudaraan dengan keluarga Hasan Suhada di Mantren dan mereka juga berhijrah dari Mantren ke tanah Bengkalis. Anak kepada Supar (Sepupu Kamdi) iaitu Sumadi (Bugel) yang kini tinggal di Segamat pernah melawat Bengkalis 40 tahun yang lalu.
Gambarkeluarga di Mantren tahun 1976 |
Salasilah keturunan Kamdi dan keturunan Sirom sudah hampir dilengkapkan sepenuhnya, iaitu kesemua waris waris dari keturunan itu telah dapat dikumpulkan. Insyaalah data-data mereka akan dapat dimasukkan kedalam blog ini satu persatu. Begitu juga dengan keturunan Haji Isa di Bengkalis, malumat daripada generasi ke 3 dan seterusnya perlu dikumpulkan untuk melengkapkan salasilah mereka.
Pak RoslanHassan bersama keluarga di Mantren |
Saya amat mengharapkan sokongan daripada saudara mara untuk meneruskan kerja ini. walaupun ada yang berkata bahawa kerja ini hanya membazir masa ataupun sia sia, namun saya merasakan keperluan untuk melakukannya. Mungkin dimasa ini kita agak kurang rasa keperluannya tetapi insyaalah 50-100 tahun akan datang, sejarah salasilah keluarga adalah penting. kemungkinan mereka yang tidak mengetahui atau mempedulikan nasab keturunan mereka adalah orang yang rugi. Wallahualam
Hayatilah pepatah jawa ini jika anda orang jawa:
TUNA SATAK BATHI SANAK
yang bermaksud saudara mara itu lebih menguntungkan dari wang
lagi gambar bersama keluarga Singapura danMantren |
Gambar keluarga Mantren |
test
ReplyDelete