Friday, 15 March 2013

Embah Sarpoah



WajahEmbah Sarpoah yang Tersenyum
Sarpoah lahir pada 1908 di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh. Beliau juga dikenali sebagai Surip yang merupakan anak sulung kepada Haji Abdul Rahman dan Hajah Mariam, Sarpoah mempunyai 7 orang adik beradik. Beliau berkahwin semasa berumur 14 tahun dengan Kamdi bin Hasan Suhada yang pada masa itu berusia kira-kira 33 tahun. Semasa Sarpuah masih kecil, Kamdi tutut sama mengasuhnya kerana beliau adalah salah seorang perantauan yang bekerja dengan Hj Abdul Rahman. Pada tahun 1922 Haji Abdul Rahman telah mengangkat Kamdi sebagai menantunya semasa Sarpuah berumur 14 tahun. 2 tahun kemudian mereka mendapat cahaya mata pertama bernama Ali Dawam.

Adik beradik seibu sebapa Sarpuah:
  §  Siti
  §  Fatimah
  §  Mohd Ali
  §  Mokhlas



Adik beradik  sebapa Sarpuah:
§  Salbin
(Hj Abd Rahman berpisah dgn Hjh Mariam dan kahwin dengan Uda Bedah Ahmad)

Adik beradik seibu  Sarpuah:
  §  Dahuri
  §  Bainun
(Hjh Mariam berpisah dgn Hj Abd Rahman dan berkawin dengan Amir)

Sarpuah tinggal bersama anak lelakinya Mohd Kharis di rumah Batu 1, Jalan Rungkup. Apabila rumah itu terbakar pada 1982, beliau pindah ke Kuala Lumpur dan menetap dengan anak perempuannya Hajah Samsiah Kamdi.
Embah Sarpoah bersama anak cucu di hari raya suatu ketika dahulu

Ciri-Ciri/Perwatakan embah Sarpoah seperti yang diceritakan

1.       Seorang yang tegas
2.       Pandai berniaga kuih-muih dan makanan jawa
3.       Rajin membuat tikar dari mengkuang dan membuat minyak kelapa
4.       Pecal dan kek lapis embah Sarpoah sangat sedap

Embah Sarpoah telah menunaikan Haji Pada tahun 197x melalui jalan laut bersama-sama dengan adik beradiknya Haji Ali


Embah Sarpoah  meninggal dunia pada tahun 2000 semasa berumur 92 tahun akibat sakit tua. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Cheras Baru, Kuala Lumpur, berhampiran Masjid Nurussaadah.

No comments:

Post a Comment