Haji Ismail dan Hajah Siti Bahyun semasa Hari Raya Tahun 2009 |
Dilahirkan pada 1935 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Simpang Tiga. Setelah itu beliau telah menambah pengetahuan agama dengan berguru dengan 2 orang guru agama di Simpang 3. Setelah berusia 18 tahun beliau telah berkahwin dengan Siti Bahyun Binti Sikas dan dikurniakan 9 orang caha mata iaitu:
Gambar keluarga Ismail di Hari Keluarga Ismail Bahyun |
1. Mdd Nurdin
2. Anuar
3. Siti Hawa
4. Robainah
5. Siti Rohani
6. Mohd Rosli
7. Siti Zubaidah8. Effendy
9. Zukhiri Zafifi
Majlis Perkahwina mereka berdua telah dijalankan serentak dengan majlis perkahwinan adiknya iaitu Kumayah dengan Darusman di SimpangTiga.
Semasa remajanya beliau sering membantu ayahnya bertukang, Semasa membantu ayahya bertukang iaitu membina Masjid Nurul Jamaiyah Kg Sg Besar, Beliau telah terpikat dengan Siti Bahyun Binti Sikas yang dimasa itu tinggal di Sg Mengkudu. Melalui Pak NgahKadir (Bapa Saudara Isterinya) yang tinggal bersebelahan dengan masjid itu beliau telah menyatakan hasrat untuk menyunting anak saudaranya Siti Bahyun, dan kemudiannya mereka mendirikan rumahtangga ketika beliau berusia 18 tahun.
Hari Raya Terakhir bersama Almarhum Haji Ismail |
Setelah berkahwin, Ismail berhijrah ke Kampung Sungai Besar, Teluk Intan.Semasa awal perkahwinannya, beliau masih bekerja membantu ayahnya membina masjid di Kampung Sungai Besar, dan selepas itu beliau memajak tanah milik Embah Samad yang telah ditinggalkan akibat penanaman padi yang tidak menjadi. Selepas tanah belukar itu dibersihkan, beliau menanam pokok kelapa. Sementara menunggu pokok kelapa membesar, Ismail mengambil lesen memandu bot dan kemudiannya bekerja memandu bot ulang alik dari Kg Sungai Besar Ke Bagan Datoh. Tujuan utama perkhidmatan bot itu adalah untuk membawa hasil-hasil dari kampung ke peraih di Bagan Datoh. Beliau berhenti menjadi pemandu bot selepas botnya karam dan kebetulan juga dimasa itu terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Selepas itu beliau meneruskan kerjaya sebagai pekebun dengan mengambil upah membina parit di kebun kebun sekitar kampungnya disamping mengusahakan tanaman kontan seperti pisang, kopi dan koko untuk menambah pendapatannya. Beliau juga mengambil upah menjaga kebun kepunyaan Ngah Kadir yang berpindah ke kuala Lumpur danKebun kepunyaan sepupunya Mohd Nor yang berpindah ke tanah rancangan Felda di Pahang. Setelah beberapa lama mengusahakan kebun kelapa, akkhirnya beliau menukarkan tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit pada sekitar tahun 2000 kerana pokok kelapa sudah tinggi dan kurang mengeluarkan hasil.
Pada tahun 1987/1988 Ismail telah berpindah dari rumah asalnya di Jalan Sekolah Kg Sungai Besar ke Kampung Sungai Besar iaitu dihadapan rumah Pak Hashim Koyok selepas membeli tapak rumah dari Pak Hasyim.
Pada tahun 1987/1988 Ismail telah berpindah dari rumah asalnya di Jalan Sekolah Kg Sungai Besar ke Kampung Sungai Besar iaitu dihadapan rumah Pak Hashim Koyok selepas membeli tapak rumah dari Pak Hasyim.
Keterangan Lain Mengenai Ismail
1. Orang yang sangat kemas dan rajin mengemas rumah
2. Seorang yang agak pendiam
3. Rajin bekerja
Ismail bersama isteri telah menunaikan fardhu haji bersama-sama anak dan menantunya iaitu Hajah Robainah dan Haji Samsudin pada tahun 2006. Setelah pulang dari Mekah, Haji Ismail telah membina kembali rumahnya di kampong Sungai Besar dan rumah itu masih ada sehinga kini
Ismail telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit kanser pengkreas pada 25hb Disember 2009 dan telah disemadikan di Tanah perkuburan Islam Kg Sungai Besar
Gambar Kenangan Keluarga Ismail pada Januari 2013 Sempena Perkahwinan Rohan Khairani & Jamil |
Ismail bersama hasil kokonya |
No comments:
Post a Comment