Monday, 25 March 2013

Catatan Perjalanan Ke Bengkalis 15-20 Februari 2013

Kisah bermula selepas maghrib tanggal 15 February 2013. Keluarga dari Kampung  Sungai Besar, Kota Setia iaitu Tuan Haji Sidek Bakri, isterinya Puan Hajjah Lailiah Haji Ramli, Haji Ramli Bakri dan Sidatul Muntaha Sidek memulakan perjalanan ke Melaka, Mereka sampai di Kota Kemuning pada lebih kurang pukul 11 malam dan singgah dirumah saya untuk mengambil saya bersama sama ke Melaka. Kami meneruskan perjalanan ke Melaka dan tidur di Hotel Kancil Melaka. Keesokan paginya Abang Nordin pun sampai dari Kota Tinggi, Johor. Seterusnya kami membeli belah sdi Air Keroh dan menukar matawang di Bandar Melaka dan terus ke pengkalan Jeti untuk meneruskan perjalanan ke Bengkalis lebihkurang pukul 12.30 tengahari. Saudara Beni yang berasal dari Bengkalis sudah menunggu kami di pengkalan.

Feri Ke Bengkalis
Semasa membeli tiket untuk ke Bengkalis, didapati passport saudara Sidatul Muntaha sudah hampir tamat tempoh (kurang 6 bulan). Maka beliau terpaksa bergegas ke UTC Melaka untuk memperbaharui  pasportnya. Oleh kerana Feri ke Bengkalis masih belum sampai kami pun makan tengahari di pengkalan Jeti sambil menunggu passport Sidatul Muntaha siap. 

Oleh kerana cuaca yang kurang elok, feri yang kami nantikan sampai agak lewat iaitu lebihkurang pukul 3.30 petang dan kami pun terus masuk ke balai perlepasan. Tapi malangnya saudara Beni mempunyai masalah dokumen untuk pulang ke Bengkalis. Saudara Beni terpaksa pulang semula ke Muar dan pulang ke Bengkalis keesokkan harinya.

Haji Sidek dan Hjh Lailiah tidak sabar lagi hendak ke Bngkalis

Perjalanan dari Melaka mengambil masa selama 2 jam dan kami sampai di Bengkalis lebih kurang jam 5 petang waktu Bengkalis. Setibanya di Bengkalis kami telah disambut oleh Kanda Dawam, Saudara Rudi, kanda Bibet dan keluarga di Bengkalis untuk membawa kami ke Desa Bantan Tengah. Saya, Sidatul dan Haji Ramli Menginap di Rumah Kanda Bibet. Nordin, Haji Sidek dan Isterinya pula menginap dirumah kak samsiah/Dawam. Kami disajikan makanan demi makanan.

Suasana Di Jeti Bengkalis
Sesampainya kami dirumah keluarga di bengkalis kami tidak putus-putus berkenalan dengan saudara mara sehingga jam 9 malam. Kami bersembang berkenaan kehidupan kami di Malaysia dan Mereka bercerita tentang kehidupan mereka di Bengkalis. Semasa itu saya agak kurang mengecam keseluruhan ahli keluarga di Bengkalis kerana berasa begitu takjub dengan ramainya saudara-mara yang berada di Bengkalis.

Pertemuan pertama di rumah Bibet Akram

Haji Sidek Menepung Tawar Pengantin
Perbualan kami terhenti sementara kerana Majlis Khatam Quran Saudari Hanik akan berlansung sebentar lagi. Semasa bersiap untuk ke Majlis kenduri saya terdengar alunan suara yang merdu membaca ayat-ayat suci Al Quran yang sangat menyentuh jiwa dari Saudari Hanik dan gurunya, beserta dengan 2 anak kecil yang lain. Kami pun terus menyertai majlis khatam Al Quran tersebut dan seterusnya bersama membaca tahlil dan doa. Seterusnya kami menjamu selera.

Setelah selesai menjamu selera, diadakan pula majlis Menepuk Tepung Tawar  untuk saudara terdekat. Dari pihak Keluarga di Malaysia kami telah dijemput untuk menepuk tepung tawar (di Malaysia mungkin panggilannya memepung tawar) . Setiap penepung tawar akan diiringi dengan paluan kompang dan pemberian bunga telur. Memang majlis yang diatur cukup tersusun kerana penepuk tepung tawar akan dipanggil untuk bersedia dan apabila nama dipanggil akan diiringi dengan paluan kompang satu persatu.

Setelah selesai kami mengambil gambar bersama keluarga pengantin dan seterusnya pulang ke rumah penginapan masing masing. Sesampainya di rumah, ramai saudara-mara menunggu untuk bersembang sembang. Sambil bersembang mereka menghidangkan makanan dan minuman. Kami bersembang sehinggalah tengah malam dan tidur.

***************************************************************

Catatan Hari Ke 2

Selepas Solat subuh, kami juga dikunjungi oleh sanak saudara dibengkalis dan bersembang sambil minum kopi dan teh serta makanan ala jawa. Seterusnya kami meninjau persediaan kenduri dan acara masak memasak di belakang rumah Pak Tamyiz. Kemudian saya pergi kerumah Pak Dawam, rupa rupanya di rumah pak Dawam juga ramai saudara mara yang menunggu untuk bertanya khabar.

Bergambar Bersama Pengantin Selepas
Majlis Menepuk Tepung Tawar
Dari situlah kami mula menjejaki nasab keturunan Hasan Suhada dan Diah dan diceritakan oleh Pak Dawam. Mereka sangat ingin untuk melihat wajah Allahyarham Embah Kamdi. Saya pun bergegas ke rumah Bibet untuk mengambil gambar-gambar yang disediakan oleh Pakcik Hussin beserta dengan surat surat perhubungan di tahun 1976 beserta dengan Laptop yang didalamnya ada gambar Allahyarham Kamdi.


di Rumah Dawam











Kami bersembang hinggalah tengahari dan dihidangkan nasi goring dan mee. Setelah tengahari kami bersiap untuk menghadiri upacara kenduri sambil bersembang dengan saudara mara. Kami ditempatkan di rumah Bibet sambil menikmati alunan muzik jawa dan mereka mencuba menyanyikan beberapa lagu dari Malaysia untuk hiburan kami. Kami pun dijamu dengan makanan dan minuman sambil sedikit demi sedikit keluarga di bengkalis bertemu kami dan menyambung perbualan. Saya melarikan diri sebentar ke kedai kopi berhampiran bersama sidatul muntaha untuk merasai minuman dan makanan di warung bengkalis. Saya menemui nama jalan yang bersangkut paut dengan peneroka asal kampong tersebut iaitu Haji Isa/ Ngiso suami kepada bibik napsiah. Kami kembali semula ke rumah Pak Tamyiz kerana rombongan pengantin hampir sampai.  Kami melihat suasana majlis perkahwinan yang dipenuhi dengan adat istiadat Jawa. Pelamin yang dihiasi dengan hiasan tradisional dan upacara menggendong pengantin merupakan pengalaman baru untuk saya. Seterusnya kami dipersembahkan dengan Tarian Reok yang merupakan tradisi masyarakat jawa. Seorang memangku Hiasan Bulu merak berkepala Harimau yang agak berat sambil menari nari mengikut irama dari gendang dan gong yang dipalu.

Setelah selesai majlis Pesta Perkahwinan itu kami dibawa oleh saudara Bibet dan Isteri ke Pekan Bengkalis yang perjalannya mengambil masa selama setengah jam. Sesampainya di Bengkalis kami melihat kediaman Bupati disana yang sangat besar dan indah, seterusnya bersolat di Masjid Istikomah Bengkalis yang cantik. Seterusnya kami ketepi pantai sambil menikmati soto dan lepak lebihkurang setengah jam. Setelah itu kami diawa melihat Stadium Tilawah Al Quran yang mempunyai bentuk Astaka yang besar khusus untuk upacara tilawah. Sayangnya di hari Ahad semua kedai tidak beroperasi dan kami pulang semula ke Bantan Tengah.
Sesampainya kami di rumah Bibet, kami dijamu lagi dengan makanan seakan soto dan dicampurkan dengan sambal tuthok. Makanan ini sangat sedap. Nordin, Haji Sidek dan Hjh Lailiah seterusnya bersama kami tidur dirumah Bibet. Sebelum tidur kami masih lagi berbual bual dengan sanak saudara.


















Pak Tamyiz dan Pak Dawam
Singgahsana Pengantin
permainan Reog
Pengantin bersama Reog
Kak Saniah menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru
****************************************************************
Catatan Hari Ke 3

Selepas sarapan pagi, saya mengikut kang Bibet meninjau kawasan kampong sambil mencari ikan segar di pasar untuk makanan tengahari, kami meronta seluruh desa dengan motosikal, Sesampainya di kedai kedai, kami diberitahu yang salah seorang penduduk kampong telah meninggal dunia dan kang Bibet meninggalkan saya dirumah Hajah Giatin kerana beliau perlu mengucapkan takziah untuk keluarga simati. Seterusnya Sidatul Muntaha dan Haji Ramli menuruti kami dirumah Hajah Giatin. Saya dan Sidatul kemudiannya pulang kerumah Bibet untuk mengambil ahli keluarga dari Malaysia untuk mengunjungi saudara mara lain.

Maka Bermulalah perjalanan kami kerumah saudara mara pula. Haji Sidek, Nordin dan Hajah Lailiah pun sampai ke Rumah Hajah Giatin, dan menikmati jamuan nasi. Selepas itu sampai pula Beni dan Sodek, beserta Zeinal. Selepas itu kami berkunjung pula ke rumah Solatun dan dijamu lagi makan nasi. Kami melihat album album kenangan dirumah keluarga di bengkalis ini. Seterusnya kami kerumah Abang Busrawi yang pemalu dan kelakar. Dan Akhirnya kembali semula kerumah Bibet dan dijamu juga makan tengahari.

Setelah makan tengahari dan berehat kami pergi semula ke Pekan Bengkalis untuk mencari ole-ole dari bengkalis kerana hari sebelumnya kedai tutup. Kami menikmati cendol ala bengkalis di taman berhampiran dengan pelabuhan dan seterusnya ke perusahaan membuat dodol nenas di Bengkalis. Seterusnya kami pulang ke rumah Bibet kerana waktu hampir maghrib. Selesai Maghrib kami ke Rumah Pak Sodek dan Ibu Sururiah. Kami disajikan Jamuan nasi beserta lauk kupang yang tiada di Malaysia, sangat sedap!!. Seterusnya kami maka n kenduri Khatam Quran dan Menepuk tepung tawar. Kendurinya dirumah adinda Abang Sodek. Seperti biasa keluarga dari Malaysia dijemput untuk menepuk tepung tawar dan sesudah itu kami pulang ke rumah Bibet.

Seterusnya kami kerumah Pak Tamyiz dan berkumpul semua saudara mara yang terdekat untuk berborak borak dan mengadakan doa selamat sempena pertemuan keluarga Hasan Suhada dari Malaysia dan Bengkalis. Keluarga di Bengkalis berjanji akan membalas lawatan kami, Insyaalah di bulan November semasa kenduri perkahwinan anak Nordin. Mereka juga akan cuba menjemput keluarga di Mantren agar turut serta di dalam rombongan ke Malaysia nanti.
Selepas makan malam dan doa selamat kami menyambung sembang-sembang dan kelihatan keluarga di Bengkalis agak sedih kerana esoknya kami akan pulang ke Malaysia.

Saya kemudiannya mengajak kang dawam untuk menyambung penulisan nasab keturunan hasan suhada dirumah bibet sehingga lewat malam dan kang Dawam tidur bersama saya diruang tamu dirumah kang bibet.

*****************************************************************

Catatan Hari Ke 4

Setelah solat subuh saya mendapati sarapan pagi sudah disediakan dan kami bersarapan bersama sama. Selepas tu kami mengemas barangan kami, dan keluarga dari bengkalis sudah mula dating ke rumah Bibet untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua. Kami dibekalkan dengan pelbagai makanan kering untuk dibawa ke Malaysia.

Kami bersembang lagi dirumah Pak Tamyiz dan rumah Bibet sehingga Kereta yang membawa kami ke pelabuhan sampai. Kami sampai di pelabuhan dalam pukul 11 pagi dan sebuah van lagi membawa saudara mara dari bengkalis yang ingin menghantar sampai ke pelabuhan. Beberapa lagi ahli keluarga dari bengkalis menaiki motosikal. Selepas Check In kamipun pulang ke Malaysia melalui Melaka dan sampai di Melaka lebihkurang pukul 2 petang.

Simpanan Kayu Api di Rumah Hajah Giatin
Kelapa dan chop
Bersama Hajah Giatin dan Suami
Kak Lailiah dan Hajah Giatin asyik meliht gambar kenangan
Sembang Sembang Dirumah Salatun
Hidangan Makan Tengahari yang Enak 
Perjumpaan antara Anak Saudara dan Bibiknya yang tidak pernah berjumpa lebih dari 70 tahun
Busrawi yang pandai berlawak.disamping isteri
Bersama Kang Zeinal Di Pekan Bengkalis
Pekena Cendol di Bengkalis
Sambal Tuthuk yang menyelerakan
makanan umpama soto di Malaysia, di makan bersama sambal tuthuk
Kang Bibit dan Kang Busrawi
Bergambar kenangan selepas perjumpaan pertama anak cucu Hasan Suhada
Saat saat perpisahan - kami mahu pulang keMalaysia

Pak Mesni
Gambar Perkahwinan anak Saudara Pak Sodek
Bergambar bersama keluarga Pak Sodek
Pak Nurdin Menepung Tawar
Lail juga menepun tawar
Pak Nurdin Bersama Sumur

Sekian.

1 comment:

  1. Salam. ..menarik cerita nya..sy ingin sangat ke Bangkalis. ..tetapi tidak ada saudara mara di sana...susah juga jika tidak ada kenalan...byk tmp di riau sudah sy pergi...tmp terakhir di siak Indrapura. .sebelahan pelabuhan pakning....sy ingin bertanya bolih tak sy pergi ke Bangkalis melalui kukup johor...terima kasih. ..

    ReplyDelete