Sirom merupakan anak ke 2 kepada pasangan Dinah dan Somo Sentiko. Beliau telah berkahwin dengan Bakri bin Mat Nawi semasa berumur 13 tahun. Selepas Berkahwin, Bakri bin Mat Nawi merantau ke Tanah Melayu dan meneroka tanah di kg Sungai Besar, Kota Setia,Teluk Intan Perak. Apabila sirom berumur 20 tahun, Suaminya menjemput Sirom berhijrah ke Malaysia. Berkemungkinan Sirom datang ke Malaysia bersama abangnya Siros atau berasingan tetapi mereka berdua tinggal dikampung yang sama.
Hasil perkongsian hidup Sirom dan Bakri mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu:
1.Ismail
2. Sidek
3. Saleha
4. Khasanah
5. Ramli
Sirom telah menunaikan fardu haji pada tahun 19xx bersama-sama anak bongsunya Ramli. Sirom telahkembali kerahmatullah pada tahun 19XX akibat sakit tua, manakala suaminya Bakri telah meninggal dunia pada tahun 1973
Keterangan Lain berkenaan Sirom
1. Sirom pandai membuat kuih muih dan pecal adalah hidangan kemestiannya di Hari Raya
2. Nama sebenar Sirom adalah Romlah, tetapi panggilan harian kepadanya adalah Sirom, oleh itu nama Sirom telah didaftarkan sebagai nama beliau
2. Nama sebenar Sirom adalah Romlah, tetapi panggilan harian kepadanya adalah Sirom, oleh itu nama Sirom telah didaftarkan sebagai nama beliau
No comments:
Post a Comment