Kisah bermula selepas maghrib tanggal 15 February 2013.
Keluarga dari Kampung Sungai Besar, Kota
Setia iaitu Tuan Haji Sidek Bakri, isterinya Puan Hajjah Lailiah Haji Ramli,
Haji Ramli Bakri dan Sidatul Muntaha Sidek memulakan perjalanan ke Melaka,
Mereka sampai di Kota Kemuning pada lebih kurang pukul 11 malam dan singgah
dirumah saya untuk mengambil saya bersama sama ke Melaka. Kami meneruskan
perjalanan ke Melaka dan tidur di Hotel Kancil Melaka. Keesokan paginya Abang
Nordin pun sampai dari Kota Tinggi, Johor. Seterusnya kami membeli belah sdi Air Keroh dan menukar matawang di Bandar Melaka dan terus ke pengkalan Jeti
untuk meneruskan perjalanan ke Bengkalis lebihkurang pukul 12.30 tengahari.
Saudara Beni yang berasal dari Bengkalis sudah menunggu kami di pengkalan.
|
Feri Ke Bengkalis |
Semasa membeli tiket untuk ke Bengkalis, didapati passport
saudara Sidatul Muntaha sudah hampir tamat tempoh (kurang 6 bulan). Maka beliau
terpaksa bergegas ke UTC Melaka untuk memperbaharui pasportnya. Oleh kerana Feri ke Bengkalis
masih belum sampai kami pun makan tengahari di pengkalan Jeti sambil menunggu
passport Sidatul Muntaha siap.
Oleh kerana cuaca yang kurang elok, feri yang kami nantikan
sampai agak lewat iaitu lebihkurang pukul 3.30 petang dan kami pun terus masuk
ke balai perlepasan. Tapi malangnya saudara Beni mempunyai masalah dokumen
untuk pulang ke Bengkalis. Saudara Beni terpaksa pulang semula ke Muar dan
pulang ke Bengkalis keesokkan harinya.
|
Haji Sidek dan Hjh Lailiah tidak sabar lagi hendak ke Bngkalis |
Perjalanan dari Melaka mengambil masa selama 2 jam dan kami
sampai di Bengkalis lebih kurang jam 5 petang waktu Bengkalis. Setibanya di
Bengkalis kami telah disambut oleh Kanda Dawam, Saudara Rudi, kanda Bibet dan
keluarga di Bengkalis untuk membawa kami ke Desa Bantan Tengah. Saya, Sidatul
dan Haji Ramli Menginap di Rumah Kanda Bibet. Nordin, Haji Sidek dan Isterinya
pula menginap dirumah kak samsiah/Dawam. Kami disajikan makanan demi makanan.
|
Suasana Di Jeti Bengkalis |
Sesampainya kami dirumah keluarga di bengkalis kami tidak
putus-putus berkenalan dengan saudara mara sehingga jam 9 malam. Kami
bersembang berkenaan kehidupan kami di Malaysia dan Mereka bercerita tentang
kehidupan mereka di Bengkalis. Semasa itu saya agak kurang mengecam keseluruhan
ahli keluarga di Bengkalis kerana berasa begitu takjub dengan ramainya
saudara-mara yang berada di Bengkalis.
|
Pertemuan pertama di rumah Bibet Akram
|
|
Haji Sidek Menepung Tawar Pengantin |
Perbualan kami terhenti sementara kerana
Majlis Khatam Quran Saudari Hanik akan berlansung sebentar lagi. Semasa bersiap
untuk ke Majlis kenduri saya terdengar alunan suara yang merdu membaca
ayat-ayat suci Al Quran yang sangat menyentuh jiwa dari Saudari Hanik dan
gurunya, beserta dengan 2 anak kecil yang lain. Kami pun terus menyertai majlis
khatam Al Quran tersebut dan seterusnya bersama membaca tahlil dan doa.
Seterusnya kami menjamu selera.
Setelah selesai menjamu selera, diadakan pula majlis Menepuk
Tepung Tawar untuk saudara terdekat.
Dari pihak Keluarga di Malaysia kami telah dijemput untuk menepuk tepung tawar
(di Malaysia mungkin panggilannya memepung tawar) . Setiap penepung tawar akan
diiringi dengan paluan kompang dan pemberian bunga telur. Memang majlis yang
diatur cukup tersusun kerana penepuk tepung tawar akan dipanggil untuk bersedia
dan apabila nama dipanggil akan diiringi dengan paluan kompang satu persatu.
Setelah selesai kami mengambil gambar bersama keluarga
pengantin dan seterusnya pulang ke rumah penginapan masing masing. Sesampainya
di rumah, ramai saudara-mara menunggu untuk bersembang sembang. Sambil
bersembang mereka menghidangkan makanan dan minuman. Kami bersembang
sehinggalah tengah malam dan tidur.
***************************************************************
Selepas Solat subuh, kami juga dikunjungi oleh sanak saudara
dibengkalis dan bersembang sambil minum kopi dan teh serta makanan ala jawa.
Seterusnya kami meninjau persediaan kenduri dan acara masak memasak di belakang
rumah Pak Tamyiz. Kemudian saya pergi kerumah Pak Dawam, rupa rupanya di rumah
pak Dawam juga ramai saudara mara yang menunggu untuk bertanya khabar.
|
Bergambar Bersama Pengantin Selepas
Majlis Menepuk Tepung Tawar |
Dari
situlah kami mula menjejaki nasab keturunan Hasan Suhada dan Diah dan
diceritakan oleh Pak Dawam. Mereka sangat ingin untuk melihat wajah Allahyarham
Embah Kamdi. Saya pun bergegas ke rumah Bibet untuk mengambil gambar-gambar
yang disediakan oleh Pakcik Hussin beserta dengan surat surat perhubungan di
tahun 1976 beserta dengan Laptop yang didalamnya ada gambar Allahyarham Kamdi.
|
di Rumah Dawam |
Kami bersembang hinggalah tengahari dan dihidangkan nasi
goring dan mee. Setelah tengahari kami bersiap untuk menghadiri upacara kenduri
sambil bersembang dengan saudara mara. Kami ditempatkan di rumah Bibet sambil
menikmati alunan muzik jawa dan mereka mencuba menyanyikan beberapa lagu dari
Malaysia untuk hiburan kami. Kami pun dijamu dengan makanan dan minuman sambil
sedikit demi sedikit keluarga di bengkalis bertemu kami dan menyambung
perbualan. Saya melarikan diri sebentar ke kedai kopi berhampiran bersama
sidatul muntaha untuk merasai minuman dan makanan di warung bengkalis. Saya
menemui nama jalan yang bersangkut paut dengan peneroka asal kampong tersebut
iaitu Haji Isa/ Ngiso suami kepada bibik napsiah. Kami kembali semula ke rumah
Pak Tamyiz kerana rombongan pengantin hampir sampai. Kami melihat suasana majlis perkahwinan yang
dipenuhi dengan adat istiadat Jawa. Pelamin yang dihiasi dengan hiasan
tradisional dan upacara menggendong pengantin merupakan pengalaman baru untuk
saya. Seterusnya kami dipersembahkan dengan Tarian Reok yang merupakan tradisi
masyarakat jawa. Seorang memangku Hiasan Bulu merak berkepala Harimau yang agak
berat sambil menari nari mengikut irama dari gendang dan gong yang dipalu.
Setelah selesai majlis Pesta Perkahwinan itu kami dibawa
oleh saudara Bibet dan Isteri ke Pekan Bengkalis yang perjalannya mengambil
masa selama setengah jam. Sesampainya di Bengkalis kami melihat kediaman Bupati
disana yang sangat besar dan indah, seterusnya bersolat di Masjid Istikomah
Bengkalis yang cantik. Seterusnya kami ketepi pantai sambil menikmati soto dan
lepak lebihkurang setengah jam. Setelah itu kami diawa melihat Stadium Tilawah
Al Quran yang mempunyai bentuk Astaka yang besar khusus untuk upacara tilawah.
Sayangnya di hari Ahad semua kedai tidak beroperasi dan kami pulang semula ke
Bantan Tengah.
Sesampainya kami di rumah Bibet, kami dijamu lagi dengan
makanan seakan soto dan dicampurkan dengan sambal tuthok. Makanan ini sangat
sedap. Nordin, Haji Sidek dan Hjh Lailiah seterusnya bersama kami tidur dirumah
Bibet. Sebelum tidur kami masih lagi berbual bual dengan sanak saudara.
|
Pak Tamyiz dan Pak Dawam |
|
Singgahsana Pengantin |
|
permainan Reog |
|
Pengantin bersama Reog |
|
Kak Saniah menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru |
****************************************************************
Catatan Hari Ke 3
Selepas sarapan pagi, saya mengikut kang Bibet meninjau
kawasan kampong sambil mencari ikan segar di pasar untuk makanan tengahari,
kami meronta seluruh desa dengan motosikal, Sesampainya di kedai kedai, kami
diberitahu yang salah seorang penduduk kampong telah meninggal dunia dan kang
Bibet meninggalkan saya dirumah Hajah Giatin kerana beliau perlu mengucapkan
takziah untuk keluarga simati. Seterusnya Sidatul Muntaha dan Haji Ramli
menuruti kami dirumah Hajah Giatin. Saya dan Sidatul kemudiannya pulang kerumah
Bibet untuk mengambil ahli keluarga dari Malaysia untuk mengunjungi saudara
mara lain.
Maka Bermulalah perjalanan kami kerumah saudara mara pula. Haji
Sidek, Nordin dan Hajah Lailiah pun sampai ke Rumah Hajah Giatin, dan menikmati
jamuan nasi. Selepas itu sampai pula Beni dan Sodek, beserta Zeinal. Selepas
itu kami berkunjung pula ke rumah Solatun dan dijamu lagi makan nasi. Kami
melihat album album kenangan dirumah keluarga di bengkalis ini. Seterusnya kami
kerumah Abang Busrawi yang pemalu dan kelakar. Dan Akhirnya kembali semula
kerumah Bibet dan dijamu juga makan tengahari.
Setelah makan tengahari dan berehat kami pergi semula ke
Pekan Bengkalis untuk mencari ole-ole dari bengkalis kerana hari sebelumnya
kedai tutup. Kami menikmati cendol ala bengkalis di taman berhampiran dengan
pelabuhan dan seterusnya ke perusahaan membuat dodol nenas di Bengkalis.
Seterusnya kami pulang ke rumah Bibet kerana waktu hampir maghrib. Selesai
Maghrib kami ke Rumah Pak Sodek dan Ibu Sururiah. Kami disajikan Jamuan nasi
beserta lauk kupang yang tiada di Malaysia, sangat sedap!!. Seterusnya kami
maka n kenduri Khatam Quran dan Menepuk tepung tawar. Kendurinya dirumah adinda
Abang Sodek. Seperti biasa keluarga dari Malaysia dijemput untuk menepuk tepung
tawar dan sesudah itu kami pulang ke rumah Bibet.
Seterusnya kami kerumah Pak Tamyiz dan berkumpul semua
saudara mara yang terdekat untuk berborak borak dan mengadakan doa selamat
sempena pertemuan keluarga Hasan Suhada dari Malaysia dan Bengkalis. Keluarga
di Bengkalis berjanji akan membalas lawatan kami, Insyaalah di bulan November
semasa kenduri perkahwinan anak Nordin. Mereka juga akan cuba menjemput
keluarga di Mantren agar turut serta di dalam rombongan ke Malaysia nanti.
Selepas makan malam dan doa selamat kami menyambung
sembang-sembang dan kelihatan keluarga di Bengkalis agak sedih kerana esoknya
kami akan pulang ke Malaysia.
Saya kemudiannya mengajak kang dawam untuk menyambung
penulisan nasab keturunan hasan suhada dirumah bibet sehingga lewat malam dan
kang Dawam tidur bersama saya diruang tamu dirumah kang bibet.
*****************************************************************
Setelah solat subuh saya mendapati sarapan pagi sudah
disediakan dan kami bersarapan bersama sama. Selepas tu kami mengemas barangan
kami, dan keluarga dari bengkalis sudah mula dating ke rumah Bibet untuk
mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua. Kami dibekalkan dengan pelbagai
makanan kering untuk dibawa ke Malaysia.
Kami bersembang lagi dirumah Pak Tamyiz dan rumah Bibet
sehingga Kereta yang membawa kami ke pelabuhan sampai. Kami sampai di pelabuhan
dalam pukul 11 pagi dan sebuah van lagi membawa saudara mara dari bengkalis
yang ingin menghantar sampai ke pelabuhan. Beberapa lagi ahli keluarga dari
bengkalis menaiki motosikal. Selepas Check In kamipun pulang ke Malaysia
melalui Melaka dan sampai di Melaka lebihkurang pukul 2 petang.