Thursday, 11 April 2013

Hari Keluarga Kamdi


Hari Keluarga KAMDI telah dirancang oleh beberapa anak cucu KAMDI yang merasakan suatu keperluan untuk merapatkan silatulrahim diantara kesemua anak cucu cicit KAMDI. Perjumpaan ini dicadangkan setelah pengumpulan data anak-cucu KAMDI. Setelah melihat data dan salasilah keluarga, memang diketahui kebanyakan cucu cicit KAMDI tidak mengenali antara satu sama lain. Jika perkara ini dibiarkan berterusan maka semakin lama semakin tidak kenal lah mereka sesama sepupu, dua pupu dan tiga pupu mereka. 

Hari Keluarga yang pertama ini di anjurkan dan dikelolakan oleh keluarga Dawam yang merupakan keluarga sulung dari keturunan KAMDI dan kebanyakan usaha ini dibuat oleh Insanul Kamil bin Ali Dawam yang bertungkus lumus mencari lokasi, membuat aturcara dan sebagainya. Oleh itu kerjasama dari ahli keluarga KAMDI amatlah diharapkan untuk menjayakan aktiviti sosial ini.

Hari keluarga ini akan diadakan pada 2 Jun 2013 di Vila Aromatica FRIM Kepong. 
Perkarangan vila Aromatica


Peta Lokasi
Kebanyakan ahli keluarga KAMDI telah mengesahkan kehadiran mereka termasuk keluarga dari Singapura seramai 30 orang. Diharapkan dengan perjumpaan yang julung-julung kalinya ini dapat merapatkan tali persaudaraan sesama kita.

Insyaalah jika program ini berjaya, perjumpaan keluarga Hasan Suhada akan menyusul yang akan melibatkan keluarga Malaysia, Singapura, Bengkalis, dan Desa Mantren.

No comments:

Post a Comment