Monday, 10 June 2013

Hari Keluarga Kamdi



Hari Keluarga KAMDI yang pertamakalinya telah selamat dijalankan pada 2 Jun 2013 di Villa Aromatika, FRIM, Kepong. Seramai lebih kurang 120 orang anak cucu cicit Kamdi Bin Hasan Suhada dan Hajah Sarpuah Binti Haji Abdul Rahman telah menghadirkan diri seawal petang sabtu 1hb Jun 2013.

Ada diantara anak cucu Kamdi yang tinggal di luar Kuala Lumpur telah datang awal dan bermalam di FRIM, di malam itu juga diadakan majlis "pot luck" secara tidak rasmi bagi mereka yang bermalam di FRIM. Acara kemuncaknya diadakan pada esoknya bermula dari pendaftaran ahli keluarga KAMDI serta sarapan pagi. Majlis bermula agak lewat dari yang dirancangkan kerana menunggu beberapa orang lagi ahli keluarga yang mungkin tersesat jalan ke FRIM

Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan bacaan doa oleh Saudara Sidratul Muntaha iaitu anak bongsu kepada Ali Dawam bin Kamdi seterusnya ucapan dari wakil penganjur Hari Keluarga iaitu Saudari Rahanawati Binti Ali Dawam. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan penerangan ringkas sejarah kedatangan Embah Kamdi dan Buyut Haji Abdul Rahman dan Hajah Maryam Nurpapan. Seterusnya ucapan dari Aimie Diyanna Binti Mohd Rosli didalam bahasa jawa halus yang lebih dikenali sebagai Sesorah ragam krama.

Majlis diteruskan dengan sessi suaikenal yang mana setiap keluarga yang hadir akan memperkenalkan keluarga mereka kepada hadirin. Sessi ini amat penting kerana kebanyakan anak cucu cicit Kamdi / Sarpuah  tidak mengenali satu sama lain. Selepas itu diadakan pula acara memotong kek bagi anak cucu cicit yang lahid di bulan Jun.

Sessi fotografi dijalankan di perkarangan Villa Aromatika dengan menyusun ahli keluarga yang ramai itu di dalam 4 barisan. Kelihatanlah menyerlahnya warna oren yang memenuhi kawasan Villa Aromatika.

Setelah selesai acara di bawah khemah, diadakan pula sukaneka keluarga yang mana acaranya adalah mengutip gula gula untuk kanak kanak, kerusi berirama untuk kanak kanak sekolah selebihnya adalah acara dewasa iaitu terompah gergasi dan tarik tali.

Setelah selesai acara sukaneka di waktu tengahari, semua peserta dihidangkan pula makan tengahari yang lazat. Setelah selesai menikmati makan tengahari, semua ahli keluarga berkumpul di dalam Villa Aromatika untuk menunaikan Solat Fardu Zohor berjemaah dan diteruskan dengan Bacaan Tahlil.

Majlis sessi petang disambung semula dengan penyampaian hadiah sukaneka dan acara kuiz, manakala kanak kanak di kumpulkan di dalam villa untuk acara melukis. Semasa majlis penyampaian hadiah itu juga minuman petang telah disediakan, Majlis bersurai lebihkurang pukul 4.00 petang dengan sebahagian ahli keluarga pergi mandi manda di FRIM. Mesyuarat agung telah dijalankan selepas itu dan Hari Keluarga berikutnya diadakan pada tahun 2014 dan di anjurkan oleh Keluarga Ismail

GAMBAR-GAMBAR UCAPAN


Tuan Sidratul Muntaha Membaca Doa Selamat

Cik Rahanawati memberi kata aluan penganjuran Hari Keluarga

Sessi Penerangan kedatangan Kamdi Ke Simpang Tiga, Rungkup

Penerangan beserta Peta Perak dan Bagan Datoh

Haji Hussin menerangkan pengembaraan Kamdi dari Pulau Pinang kemudian Ke Temoh seterusnya ke Sungai Tiang Darat dan berjumpa dengan Hajah Sarpoah

Aimie Diyanna mengucapkan Sugeng Rawuh kepada semua dan mendapat gelaran puteri Jawa

Haji Anuar mentranslate ucapan Aimie Diyanna


GAMBAR-GAMBAR KELUARGA
Keluarga Hajah Samsiah @ Nafsiah binti Kamdi



Keluarga Mohd Nor Bin Ali Dawam Bin Kamdi Bin Hasan Suhada bin Hasan Imbar
Keluarga Razana Aini/Abu Mansur
Keluarga Insanul Kamil Bin Ali Dawam

Keluarga Sidratul Muntaha bersama Rahanawati
Keluarga Haji Anuar Bin Ismail bersama Bonda Hajah Siti Bahyun binti Sikas
Keluarga Hajah Robainah Ismail / HajiSamsudin Salim

Keluarga Aimie Diyanna
Keluarga Allahyarham Haji Ismail Bin Kamdi
Keluarga Puad Darusman dari Trengganu

Anak-Anak Halimah Darusman dari Kedah
Keluarga Abu Hasan bin Darusman
Keluarga Nor Zairiah Binti Kharis

Keluarga Khairul Akmal Bin Kharis

Keluarga Fadhil Bin Kharis

Keluarga Hasnul Hasan Suhada Binti Kharis


Keluarga AinulRida Husni Binti Husin bersama Haji Hussin dan Hajah Salmiah

Keluarga Afdzal Iskandar Husni Bin Husin bersama Ayah dan Bonda

Keluarga Afdzal Syahadat Husni bin Husin

Keluarga Afdzal Al-Adli Husni Bin Husin

Keluarga Ainul Amalina Binti Husin
ACARA MEMOTONG KEK




GAMBAR GAMBAR SUKANEKA

















Insanul Kamil

Keluarga Insanul Kamil Bin Ali Dawam

Sunday, 9 June 2013

Latar Babad Keluarga Kamdi

1. Antara 1800-1930 akibat ledakan populasi dan dasar kolonial Belanda di Tanah Jawa, selain galakan British, berlaku migrasi ribuan orang Jawa ke Tanah Melayu, membuka penempatan di Perak, Selangor, Johor dan beberapa tempat lain di Semenanjung. Dalam kumpulan migran ini termasuklah pasangan Haji Abdul Rahman Karto dan Hajah Maryam Nurpapan dari Bagelen, Jawa Tengah dan Kamdi serta adik bongsunya Siraj dari Pacitan, Jawa Timur. Ditakdirkan pertembungan pelaku-pelaku inilah kemudiannya yang memulakan sejarah pembentukan keluarga Kamdi.
Peta nusantara yang menunjukkan Bagelen, Pacitan, Bengkalis dan Bagan Datoh yang merupakan penempatan keturunan Juodo Hasan Suhada dan Haji Abdul Rahman/Hajah Maryam

2. Kamdi dilahirkan pada tahun 1886 di Desa Mantren, Pacitan, Jawa Timur, oleh pasangan Juodo Hasan Suhada dan Diyah Bopati. Kamdi yang merupakan anak sulung mempunyai 4 orang adik, 2 lelaki dan 2 perempuan, bernama Darmo (atau Manu), Dinah, Diyem dan Siraj.

3. Pasangan Abdul Rahman dan Maryam adalah antara orang-orang Jawa awal yang membuka perkampungan di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh pada akhir 1890’an, kemudian diikuti oleh Kamdi dan adiknya Siraj yang mendarat di Pulau Pinang pada 1906. Waktu itu Kamdi berumur sekitar 20 tahun. Sambil bertukang rumah, Kamdi belajar agama di Padang Rengas, kemudian ke Temoh di Perak sebelum tiba di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, sekitar akhir tahun 1910’an. Beliau diambil bekerja oleh Abdul Rahman kerana kemahirannya bertukang rumah. Di kampung itu Kamdi meneruskan belajar agama daripada kiyai Hj Hadi Munir dan kiyai Hj Siraj iaitu pengasas Pondok dan Madrasah Manba’il Ulum pada tahun 1932.

4. Siraj bagaimanapun tidak mengikut jejak abangnya Kamdi. Beliau meneruskan cita-cita mendalami ilmu agama dan terus belayar ke Mekah. Selepas ‘menahun’ di Mekah beberapa ketika, Hj Siraj kembali ke Mantren, Pacitan, kemudian berpindah menetap di Jawa Tengah dan meninggal dunia di situ. Adik-adik Kamdi yang lain, Darmo, Dinah dan Diyem terus menetap dan berkeluarga di Mantren, Pacitan. Bagaimanapun beberapa orang anak dan cucu mereka juga meninggalkan Mantren, Pacitan, dan membuka penempatan di Pulau Bengkalis, Sumatera.

5. Pada 1920’an satu kumpulan orang-orang Jawa Pacitan telah datang membuka perkampungan di Sungai Besar, Kota Setia, Teluk Intan. Kamdi mengambil kesempatan turut meneroka tanah di situ, mula-mula bersawah padi kemudian digantikan dengan kelapa. Sebenarnya Kamdi lebih banyak menumpukan kepada kerja-kerja bertukang, membina rumah, surau dan ada juga masjid daripada bertani. Urusan bertaninya banyak dibantu oleh Hj Abdul Samad, bapa saudara yang tinggal bersama keluarganya. Kawasan operasi Kamdi bertukang ialah di Mukim Bagan Datoh, Rungkup, Hutan Melintang dan Sabak Bernam. Beliau juga pernah mendapat kontrak membina sebahagian jalan kulit kerang yang menyambung pekan Sabak Bernam dan Parit Baru di Selangor.

6. Kamdi membina rumahnya yang pertama di Kampung Sungai Besar selepas mendirikan rumah tangga dengan anak sulung pasangan Abdul Rahman Karto dan Maryam Nurpapan iaitu Sarpuah pada tahun 1922. Waktu itu beliau berumur 35 tahun sementara Sarpuah berumur 14 tahun. Mereka dikurniakan 9 orang anak, 6 lelaki dan 3 perempuan iaitu Ali Dawam, Mohd Anas, Ismail, Komayah, Mohd Kharis, Samsiah (atau Nafsiah), Husin, Mohd Zain dan Siti Rohamah. Mohd Anas dan Mohd Zain meninggal semasa kanak-kanak. Pada awal 1940 Kamdi telah membawa keluarganya pindah dan terus menetap di Batu 1, Jalan Rungkup. Di situ beliau berkebun kelapa. Bagaimanapun semasa pemerintahan Jepun, mereka tinggal sementara di Sungai Besar. Selepas perang, mereka kembali tinggal di Batu 1 Jalan Rungkup.

7. Haji Abdul Rahman Karto meninggal dalam peliharaan anaknya Mohd Ali di Sungai Nipah Darat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Baroh. Manakala Hajah Maryam semasa tuanya dipelihara oleh anak bungsunya Dahuri, daripada suami keduanya Haji Amir. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Dulang Dalam.

8.Selain mengaji Al Quran, pasangan Kamdi dan isterinya Sarpuah, telah menghantar semua anak-anaknya mendapat pengajian asas di Sekolah Melayu Simpang Tiga, yang ditubuhkan pada tahun 1930. Ali Dawam dan Ismail bersekolah sehingga darjah 5, Komayah ditambah dengan pendidikan agama dan bahasa arab di Madrasah Mamba'il Ulum, Sungai Nipah Darat, kemudian di MadrasahSabilul Huda, Simpang Tiga. Selepas darjah 5, Mohd Kharis menyambung pelajaran darjah 6 di Sekolah Melayu Bagan Datoh, dan Darjah 7 di Sekolah Melayu (Lelaki) Teluk Intan sehingga berjaya menjadi guru. Samsiah pula,selepas darjah 4, memasuki Special Malay Class di Government English School Sungai Sumun, kemudian ke Sekolah Menengah sehingga Senior Cambridge di Anglo-Chinese School Teluk Intan. Dia kemudiannya memasuki maktab perguruan dan menjadi guru di Kuala Lumpur. Siti Rahamah pula selepas sekolah rendah dia belajar di Sekolah Menengah Tun Abdul Razak, Selekoh dan menyambung pelajaran di ITM Shah Alam, Abangnya Husin, berjaya memasuki sekolah berasrama penuh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Kemudian beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat Ijazah dan Diploma Pendidikan. Mereka semua telah mendirikan rumahtangga kecuali Samsiah.

8. Dalam kerja-kerja bertukang, Kamdi banyak dibantu oleh anaknya Ali Dawam dan Ismail. Bagaimanapun, Ali Dawam lebih banyak mewarisi kemahiran bapanya bertukang dan bermain alat muzik. Jika Kamdi gemar bermain gambus, Ali Dawam pula mahir bermain ‘accordian’ dan ‘drum’. Ia pernah mengetuai kumpulan muzik Fajar Timur di Kampung Simpang Tiga Bagan Datoh. Ali Dawam membawa keluarganya menetap di Kuala Lumpur bila dia memulakan kerjaya di Utusan Melayu Press. Selepas bersara, ia membuka kelas Qiraat di Cheras Baru. Adiknya Ismail memilih membangun keluarga dengan bertani, sambil menjaga kebun warisan bapanya di samping mengusahakan bot tambang di Kampung Sungai Besar, Kota Setia. Komayah tidak sempat menamatkan pengajian kerana berkahwin dan menetap dengan suaminya di Parit Enam Sungai Sumun. Mohd Kharis mendirikan keluarga dengan sepupunya Noriah Mohd Ali dan menetap di Teluk Intan. Samsiah menetap bujang di Cheras Baru berhampiran dengan rumah abangnya Ali Dawam. Husin pula membina keluarga dan menetap di Ipoh. Anak bongsu Kamdi dan Sarpuah, iaitu Siti Rohamah berkahwin dan mengikut ‘orang putih’ suaminya tinggal di Jerman.

9. Isteri Kamdi, Sarpuah mempunyai 4 orang adik seibu sebapa, iaitu Siti, Fatimah, Mohd Ali dan Mokhlas. Selepas berpisah dengan Maryam Nurpapan, Abdul Rahman Karto berkahwin dengan Uda Bedah Ahmad dan dikurniakan anak lelaki, Salbin. Maryam Nurpapan pula berkahwin lain dengan Haji Amir dan mendapat dua orang zuriat, Bainun dan Mohd Dahuri

10. Semasa hayatnya Kamdi tidak berpeluang menziarahi ibu bapa dan adik beradiknya yang ditinggalkan di Tanah Jawa. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada November 1958 sewaktu berusia 72 tahun akibat sakit tua. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Tiga, Rungkup.

11. Sarpuah terus tinggal bersama anak lelakinya Mohd Kharis di rumah Batu 1, Jalan Rungkup. Beliau menunaikan fardu haji di Mekah pada tahun 1974 bersama-sama adiknya Siti, Mohd Ali dan iparnya Rokiah. Apabila rumah asal keluarganya terbakar pada 1982, beliau pindah ke Kuala Lumpur dan menetap dengan anak perempuannya Samsiah. Hajah Sarpuah meninggal pada tahun 2000 semasa berumur 92 tahun akibat sakit tua. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Cheras Baru, Kuala Lumpur, berhampiran Masjid Nurussa’adah



Disediakan oleh:
Haji Husin Bin Kamdi
sempena Hari Keluarga Kamdi
02 June 2013

Thursday, 11 April 2013

Hari Keluarga Kamdi


Hari Keluarga KAMDI telah dirancang oleh beberapa anak cucu KAMDI yang merasakan suatu keperluan untuk merapatkan silatulrahim diantara kesemua anak cucu cicit KAMDI. Perjumpaan ini dicadangkan setelah pengumpulan data anak-cucu KAMDI. Setelah melihat data dan salasilah keluarga, memang diketahui kebanyakan cucu cicit KAMDI tidak mengenali antara satu sama lain. Jika perkara ini dibiarkan berterusan maka semakin lama semakin tidak kenal lah mereka sesama sepupu, dua pupu dan tiga pupu mereka. 

Hari Keluarga yang pertama ini di anjurkan dan dikelolakan oleh keluarga Dawam yang merupakan keluarga sulung dari keturunan KAMDI dan kebanyakan usaha ini dibuat oleh Insanul Kamil bin Ali Dawam yang bertungkus lumus mencari lokasi, membuat aturcara dan sebagainya. Oleh itu kerjasama dari ahli keluarga KAMDI amatlah diharapkan untuk menjayakan aktiviti sosial ini.

Hari keluarga ini akan diadakan pada 2 Jun 2013 di Vila Aromatica FRIM Kepong. 
Perkarangan vila Aromatica


Peta Lokasi
Kebanyakan ahli keluarga KAMDI telah mengesahkan kehadiran mereka termasuk keluarga dari Singapura seramai 30 orang. Diharapkan dengan perjumpaan yang julung-julung kalinya ini dapat merapatkan tali persaudaraan sesama kita.

Insyaalah jika program ini berjaya, perjumpaan keluarga Hasan Suhada akan menyusul yang akan melibatkan keluarga Malaysia, Singapura, Bengkalis, dan Desa Mantren.

Tuesday, 9 April 2013

Statistik

Statistik Blog Leluhur Hasan Suhada

Setelah sebulan Blog ini dihasilkan, walaupun tanpa ada promosi, page ini telah di lihat oleh lebih 1000 pengunjung. berikut adalah statistik untuk sebulan ini:
pageview terbanyak adalah page Kamdi diikuti dengan page Hasan Suhada/Diah dan ke 3 page Hajah Robainah.

Blog ini telah di akses dari berbagai negara dengan menggunakan browser yang berlainan.

Wednesday, 27 March 2013

Ngumpul Brayat KAMDI Sekitar 2012- awal 2013

Perjumpaan Pertama KAMDI
Beberapa program NGUMPUL keluarga KAMDI telah diadakan dengan tujuan menambah eratkan silatulrahim diantara saudara mara dan kaum keluarga. selalunya Ngumpul ini diadakan di majlis kenduri yang dianjurkan oleh ahli keluarga KAMDI.

Ngumpul pertama selepas group facebook KAMDI ditubuhkan adalah di rumah kenduri kak Razana Aini/Rahanawati  sekitar June 2012. Ngumpul yang pertama ini adalah untuk memulakan projek Hari Keluarga dan menyurih salasilah keluarga KAMDI dan seterusnya Keluarga Hasan Suhada.

Program Ngumpul + Meeting ini diadakan di rumah kak Rahanawati  selepas menikmati jamuan di majlis kenduri di rumah kak Razana Aini. Dimasa inilah pakcik Hussin menerangkan sedikit sebanyak sejarah keluarga dan ingin menganjurkan perkumpulan keluarga KAMDI dimasa akan datang, pengumpulan di majlis kenduri kahwin sanak saudara dan satu program khas hari keluarga akan diadakan.


Ngumpul  seterusnya juga diadakan di rumah Makcik Napsiah sebelah siangnya dan di rumah kak Rahanawati pada sebelah malam, sempena meraikan kedatangan anak mak su yang bernama Julia yang baru mendirikan rumahtangga dengan Etienne Muselier yang berasal dari Perancis.
Mr & Mrs Muselier
Julia dan Suami bersama anak-anak saudaranya
Foto kenangan-kenangan bersama saudara mara KAMDI

Seterusnya perjumpaan di majlis perkahwinan Rohan Khairani di Teluk Intan telah menemukan saudara mara dari Pontian dan Segamat. Perjumpaan ini diadakan setelah perjumpaan dengan mereka diadakan sebelum ini, dimana perjumpaan pertama oleh Mdd Nurdin ke Pontian, Hajah Robainah dan keluarga ke Pontian dan Pakcik Hussin dan Makcik Salmiah ke Pontian dan Segamat.
Kenangan bersama saudara di Bengkalis, Segamat dan Pontian

Makcik Salmiah bersama keluarga Pontian

Pak Bugel, Pakcik Husin, Anak Pak Bugel dan Beni